7 Amalan Harian Rasulullah SAW



PERTAMA

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

KEDUA

Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman dan jangan biarkan al-Quran itu sepi, berhabuk tanpa disentuh. Sesungguhnya, itulah teman kita di kubur kelak.

KETIGA

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah SWT yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah... in sya Allah.

KEEMPAT

Jaga solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.. pahala solat dhuha adalah melebihi isi langit dan bumi. Rebutlah pahala ini sahabat-sahabat.

KELIMA

Jaga sedekah setiap hari. Allah SWT menyukai orang yang suka bersedekah, malaikat Allah SWT selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

KEENAM

Jaga wudhu' berterusan, kerana Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, " Orang yang selalu solat walau ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

KETUJUH

Antara sunnah Nabi SAW itu adalah: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah SWT. Sesiapa yang melazimkan diri untuk beristighfar, akan dikeluarkan dari segala masalah dan diampunkan dosa-dosa lalu.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top