Raja al-Najashi, Penghilang Duka Muslimin


“Raja kita sudah terpengaruh dengan agama pendatang itu!"

Berita ini gempar dan tersebar. Ia dibualkan di merata rata tempat; desa dan bandar. Rakyat diapi- apikan oleh golongan pemimpin yang dengki. Mereka menghasut rakyat supaya menggulingkan rajanya.

Bahkan, beberapa orang penting ingin membatalkan baiahnya kepada Raja al-Najashi. Al-Najashi mengatur strategi untuk meredakan kemarahan rakyat. Baginda ingin menangani puak pembarigkang dengan sikap saksama.

Baginda mengkhabarkan penentangan dalaman tersebut kepada pendatang Muslimin melalui ketua mereka iaitu Ja'far bin Abi Talib. Baginda menyerahkan dua buah kapat, lalu berkata: "Naiklah kalian kapal itu dan amati perkembangan yang berlaku. Jika beta kalah, pergilah ke mana-mana tempat yang kalian suka. Tetapi, jika beta menang, kalian boleh kembali dalam perlindungan seperti mula-mula."

Kemudian, al-Najashi mengambil sehelai kulit kijang dan menulis: ”Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad iaiah hamba dan utusan-Nya yang terakhir. Dan aku bersaksi bahawa Isa iaiah hamba dan utusan- Nya yang diturunkan kepada Maryam."

Tulisan itu diletakkan di dadanya dan ia mengenakan pakaian perangnya, lalu pergi bersama-sama perajuritnya. Al-Najashi menemui para penentangnya dan memulakan perbincangan. Baginda berkata: "Wahai rakyat Habsyah, katakan, bagaimana perlakuanku kepada kalian?"


Mereka menjawab: "Sangat baik, Tuanku."

Al-Najashi bertanya: "Tetapi, mengapa kalian menentangku?"

Mereka membalas: "Kerana Tuanku telah keluar daripada agama kita dan mengatakan bahawa Isa ialah seorang hamba."

Al-Najashi menyoal lagi: "Bagi kalian sendiri, siapakah dia?"

Mereka menjawab: "Dia ialah putera Allah."
Lalu, al-Najashi mengeluarkan tulisan yang dipakai di dadanya dan diletakkan di atas meja. 

Baginda berkata: "Aku bersaksi bahawa Isa bin Maryam tidak lebih dari­pada yang tertulis di sini."

Perkara di luar dugaan berlaku daripada ayat yang tertulis, dan temyata rakyat senang dan lega menerima pernyataan al- Najashi. Kebijaksanaan al-Najashi terserlah kerana dapat menyelamatkan rakyat daripada pertumpahan darah. Pada masa yang sama, baginda tetap teguh dengan kepercayaannya.
Bersahabat dengan Rasulullah s.a.w. dari Jauh

Keadilan al-Najashi melindungi kaum Muhajirin yang berhijrah ke negerinya ternyata menggembirakan Rasulullah s.a.w. Lebih-lebih lagi apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tentang sifat tawaduk al-Najashi terhadap kebenaran al-Quran. Meskipun mereka tinggal berjauhan, na- mun hubungan mereka semakin akrab.

Pada tahun 7 Hijrah, Rasulullah s.a.w. berhajat untuk berdakwah kepada enam orang pemimpin negeri di sekitarnya yang mahu memeluk agama Islam. Bagin­da telah menyiapkan surat kepada mereka untuk mengingatkan mereka tentang iman, serta menasihatkan mereka tentang bahaya syirik dan kekufuran.

Baginda mempersiapkan enam orang sahabat. Mereka terlebih dahulu telah mempelajari bahasa kaum yang hendak disampaikan dakwah agar dapat menye- lesaikan tugas dengan sempurna. Setelah siap, keenam-enam sahabat itu berangkat pada hari yang sama. Antaranya ialah 'Amru bin Umayyah al-Damari yang diutus- kan kepada Raja al-Najashi di Habsyah.

'Amru bin Umayyah al-Damari meng- hadap Raja al-Najashi lalu memberi salam dengan baik dan al-Najashi menjawabnya dengan lebih indah serta menyambutnya dengan baik.

Setelah dipersilakan duduk, 'Amru bin Umayyah memberikan surat Rasulullah s.a.w. kepada al-Najashi. Surat yang dalamnya tertulis ajakan kepada Islam dan beberapa ayat al-Quran itu segera dibaca.

Raja al-Najashi meletakkan surat itu di kepala dan matanya dengan penuh hormat. Setelah itu, baginda turun dari singgahsana dan menyatakan keislaman- nya di hadapan para hadirin.
Selesai mengucapkan kalimah syahadah, baginda berkata: "Kalau beta mampu menemui Muhammad s.a.w., nes- caya beta akan duduk di hadapan Baginda dan membasuh kedua-dua kakinya."

Kemudian, baginda menulis surat ja- wapan kepada Rasulullah s.a.w. untuk mengkhabarkan penerimaan dakwah Baginda dan keimanan atas kenabiannya.
Wakil Rasulullah s.a.w. Menikahi Ummu Habibah

Kemudian, 'Amru bin Umayyah menyampaikan surat kedua daripada Nabi s.a.w. Dalam surat tersebut, Rasulullah s.a.w. meminta agar al-Najashi menjadi wakil untuk pernikahan Baginda dengan Ramlah binti Abu Sufyan yang menyertai rombongan Muhajirin ke Habsyah.

Ramlah yang lebih dikenali sebagai /- Ummu Habibah sedang menghadapi ujian hidup yang sangat getir. Ayahnya salah seorang penentang Islam yang paling utama. Manakala suaminya; Ubaidullah bin Jahsh pula mati dalam keadaan murtad.

Hati Ummu Habibah hancur tatkala suaminya menganut agama Nasrani dan kembali memusuhi Islam serta kaum Muslimin. Suaminya hanya duduk di tempat maksiat dan menjadi kaki mabuk. Lebih teruk daripada itu, dia mengugut Ummu Habibah agar menganut agama Masihi sepertinya atau beliau akan diceraikan.

Ummu Habibah tidak memilih suami atau ayahnya. Beliau memilih Allah dan Rasul. Dalam keadaan hidup sebatang kara bersama-sama puterinya; Habibah di bumi Habsyah yang asing tanpa ayah dan suami sebagai pembela hidupnya, jiwanya tetap kental dengan aqidah Islam.

Utusan Raja al-Najashi


Pada suatu pagi yang amat cerah, terdengar ketukan di pintu rumah Ummu Habibah. Apabila pintu dibuka, seorang wanita utusan daripada Raja al-Najashi memberi salam dan berkata:

"Raja al-Najashi berkirim salam untuk- mu dan mengkhabarkan bahawa Mu­hammad Rasulullah s.a.w. telah meminang dirimu. Baginda al-Najashi diwakilkan untuk akad nikah. Jika kamu menerima pinangan ini, segera siapkan orang yang kamu wakilkan sebagai wali."

Tidak tergambar kebahagiaan pada diri Ummu Habibah. Beliau berkata kepada utusan tersebut: "Semoga kamu beroleh kebahagiaan daripada Allah."

Kemudian, Ummu Habibah berkata lagi: "Aku mewakilkan Khalid bin Sa'id bin al-'As sebagai waliku kerana dia kerabatku yang terdekat di negeri ini."

Pada hari yang dijanjikan, istana Raja al-Najashi sangat meriah kerana dihadiri semua sahabat yang ada di Habsyah untuk menyaksikan pernikahan Ummu Habibah dengan Rasulullah s.a.w.

Al-Najashi mengucapkan salam dan tahmid lalu berkata: "Amma ba'd, saya penuhi permintaan Rasulullah s.a.w. untuk berntkah dengan Ramlah binti Abu Sufyan. Sebagai wakil Rasulullah, saya berikan mahar sebanyak 400 dinar emas berdasarkan sunnatullah dan sunnah Rasul-Nya.' (Satu dinar bersamaan lebih kurang harga seekor kambing).

Khalid bin Sa'id bin al-'As sebagai wali Ummu Habibah berkata: "Saya terima permintaan Rasulullah s.a.w., dan saya nikahkan Ramlah binti Abu Sufyan yang memberi saya wakalah (dilantik sebagai wakil) dengan Rasulullah. Semoga Allah memberkati Rasulullah dan isterinya."

Kemudian, al-Najashi menyediakan dua buah kapal untuk menghantar Ummul Mukminin Ramlah binti Abu Sufyan dan puterinya; Habibah, serta kaum Muslimin yang masih ada di Habsyah. Sejumlah rakyat Habsyah yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya turut bersama mereka. Mereka rindu untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan solat di belakang Baginda. Rombongan tersebut dipimpin oleh Ja'far bin Abi Talib.

Al-Najashi juga turut memberikan banyak hadiah kepada Ummu Habibah dan hadiah tersebut berupa wangi-wangian yang mahal. Turut disertakan bingkisan untuk Rasulullah s.a.w., iaitu tiga batang tongkat Habsyah yang diperbuat daripada kayu-kayu terpilih.

Solat Ghaib Buat al-Najashi


Al-Najashi meninggal dunia tidak be­berapa lama sebelum pembukaan kota Makkah. Rasulullah s.a.w. telah memanggil para sahabat untuk melaksanakan solat ghaib jenazah untuknya. Ini merupakan satu-satunya solat ghaib jenazah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Semoga Allah meredai al-Najashi dan menempatkan beliau di syurga-Nya yang kekal sebagai tempat kembalinya. Sungguh, Raja al-Najashi telah menguat- kan kaum Muslimin pada waktu mereka lemah, memberikan rasa aman ketika mereka ketakutan dan baginda melakukan semua itu semata-mata kerana mencari keredhaan Allah Taala. 
Adaptasi daripada: Dr. Abdurrahman Ra'fat Basya, Suwar min Hayat al-Tabi'in (Mereka adalah Para Tabi'in), terjemahan oleh Abu Umar Abdiliah.


Kisah Khalid Al-Walid R.A


"Orang seperti dia, tidak dapat tanpa diketahui dibiarkan begitu saja. Dia harus disasarkan sebagai calon pemimpin Islam. Jika dia menggabungkan diri dengan kaum Muslimin dalam peperangan melawan orang-orang kafir, kita harus mengangkatnya ke dalam golongan pemimpin,


     
     Demikian keterangan Nabi ketika berbicara tentang Khalid sebelum calon pahlawan ini masuk Islam.

Khalid dilahirkan kira-kira (1 Julai 592) iaitu 17 tahun sebelum masa pembangunan Islam. Dia anggota suku Banu Makhzum, suatu cabang dari suku Quraisy. Ayahnya bernama Walid dan ibunya Lababah. Khalid termasuk diantara keluarga Nabi yang sangat dekat. Maimunah, makcik kepada Khalid, adalah isteri Nabi. Dengan Umar sendiri pun Khalid ada hubungan keluarga, yakni saudara sepupunya. Suatu hari pada masa kanak-kanaknya kedua saudara sepupu ini main gusti. Khalid dapat mematahkan kaki Umar. Untunglah dengan melalui suatu perawatan kaki Umar dapat diluruskan kembali dengan baik.

Ayah Khalid yang bernama Walid, adalah salah seorang pemimpin yang paling berkuasa di antara orang-orang Quraisy. Dia sangat kaya. Dia menghormati Ka'bah dengan perasaan yang sangat mendalam. Sekali dua tahun dialah yang menyediakan kain penutup Ka'bah. Pada masa ibadah Haji  dia memberi makan dengan percuma bagi semua orang yang datang berkumpul di Mina.

Ketika orang Quraisy memperbaiki Ka'bah tidak seorang pun yang berani meruntuhkan dinding-dindingnya yang tua itu. Semua orang takut kalau-kalau jatuh dan mati. Melihat suasana begini Walid maju ke depan dengan bersenjatakan penyodok tanah sambil berteriak, "Oh Tuhan jangan marah kepada kami. Kami berniat baik terhadap rumahMu ".

Nabi mengharap dengan sepenuh hati, agar Walid masuk Islam. Harapan ini timbul kerana Walid seorang pahlawan yang berani di mata rakyat. Kerana itu dia dikagumi dan dihormati oleh orang ramai. Jika dia telah masuk Islam ratusan orang akan mengikutinya.

Dalam hati kecilnya Walid merasa, bahawa Al Quran itu adalah kalimah-kalimah Allah. Dia pernah mengatakan secara jujur ​​dan terang-terang, bahawa dia tidak boleh berpisah dari keindahan dan kekuatan ayat-ayat suci itu.

Ucapan yang terus terang ini memberikan harapan bagi Nabi, bahawa Walid akan segera masuk Islam. Tetapi impian dan harapan ini tak pernah menjadi kenyataan. Kebanggaan atas diri sendiri membendung bisikan-bisikan hati nuraninya. Dia takut kehilangan kedudukannya sebagai pemimpin bangsa Quraisy. Kesangsian ini menghalanginya untuk menurutkan rayuan-rayuan hati nuraninya. Sayang sekali orang yang begini baik, akhirnya mati sebagai orang yang bukan Islam.

Suku Banu Makhzum mempunyai tugas-tugas penting. Jika berlaku peperangan, Banu Makhzum lah yang menguruskan gudang senjata dan gudang tenaga tempur. Suku inilah yang mengumpulkan kuda dan senjata bagi perajurit-perajurit.

Tidak ada cabang suku Quraisy lain yang boleh lebih dibanggakan seperti Banu Makhzum. Ketika diadakan kepungan maut terhadap orang-orang Islam di lembah Abu Thalib, orang-orang Banu Makhzumlah yang pertama kali mengangkat suaranya menentang pengepungan itu.


Latihan Pertama


Kita tidak banyak mengetahui mengenai Khalid pada masa kanak-kanaknya. Tetapi satu hal kita tahu dengan pasti, ayah Khalid orang berada. Dia mempunyai kebun buah-buahan yang membentang dari kota Mekah sampai ke Taif. Kekayaan ayahnya ini membuat Khalid bebas dari kewajiban-kewajibannya.

Dia lebih bebas dan tidak perlu belajar berdagang. Dia tidak perlu bekerja untuk menambah mata pencarian orang tuanya. Kehidupan tanpa suatu ikatan memberi kesempatan kepada Khalid mengikuti kegemarannya. Kegemarannya ialah bertinju dan berkelahi.

Ketika itu pekerjaan dalam seni peperangan dianggap sebagai tanda seorang Satria. Panglima perang bererti pemimpin besar. Kepahlawanan adalah satu hal terhormat di mata rakyat.

Ayah Khalid dan beberapa orang bapa saudaranya adalah orang-orang yang ternama di mata rakyat. Hal ini memberikan dorongan keras kepada Khalid untuk mendapatkan kedudukan terhormat, seperti ayah dan bapa-bapa saudaranya. Satu-satunya permintaan Khalid ialah agar menjadi orang yang dapat mengatasi teman-temannya di dalam hal adu tenaga. Sebab itulah dia menceburkan dirinya ke dalam seni peperangan dan seni bela diri. Malah mempelajari keahlian menunggang kuda, bermain pedang dan memanah. Dia juga mencurahkan perhatiannya kedalam hal memimpin angkatan perang. Bakat-bakatnya yang asli, ditambah dengan latihan yang keras, telah membina Khalid menjadi seorang yang luar biasa. Kemahiran dan keberaniannya mengagumkan setiap orang.

Pandangan yang ditunjukkannya mengenai taktik perang menakjubkan setiap orang. Dengan jelas orang boleh melihat, bahawa dia akan menjadi ahli dalam seni pertempuran.


Menentang Islam

Pada masa kanak-kanaknya Khalid telah kelihatan menonjol di antara teman-temannya. Dia telah merebut tempat istimewa dalam hati rakyat. Lama kelamaan Khalid meningkat menjadi pemimpin suku Quraisy. Pada waktu itu orang-orang Quraisy sedang memusuhi Islam. Mereka sangat anti dan memusuhi agama Islam dan penganut-penganut Islam. Kepercayaan baru itu menjadi bahaya bagi kepercayaan dan adat istiadat orang-orang Quraisy. Orang-orang Quraisy sangat mencintai adat kebiasaannya. Sebab itu mereka mengangkat senjata untuk menggempur orang-orang Islam. Tunas Islam harus dihancurkan sebelum tumbuh berurat ber-berakar. Khalid sebagai pemuda Quraisy yang berani dan bersemangat berdiri digaris paling depan dalam penggempuran terhadap kepercayaan baru ini. Hal ini sudah wajar dan seirama dengan kehendak alam.
Sejak kecil pemuda Khalid bertekad menjadi pahlawan Quraisy. Kesempatan ini diperolehinya dalam pertentangan-pertentangan dengan orang-orang Islam. Untuk membuktikan bakat dan kecekapannya ini, dia harus menonjolkan dirinya dalam segala pertempuran. Dia harus memperlihatkan kepada sukunya kualitinya sebagai pahlawan.


Peristiwa Uhud

Kekalahan kaum Quraisy didalam perang Badar membuat mereka jadi kegila-gilaan, kerana penyesalan dan panas hati. Mereka merasa terhina. Rasa sombong dan kebanggaan mereka sebagai suku Quraisy telah meluncur masuk lumpur kehinaan arang telah tercoreng di muka orang-orang Quraisy. Mereka seolah-olah tidak boleh lagi mengangkat dirinya dari lumpur kehinaan ini. Dengan segera mereka membuat persiapan-persiapan untuk membalas pengalaman pahit yang terjadi di Badar.

Sebagai pemuda Quraisy, Khalid bin Walid pun ikut merasakan pahit getirnya kekalahan itu. Sebab itu dia ingin membalas dendam sukunya dalam peperangan Uhud. Khalid dengan pasukannya bergerak ke Uhud dengan satu tekad menang atau mati. Orang-orang Islam dalam pertempuran Uhud ini mengambil posisi dengan membelakangi bukit Uhud.

Sungguhpun kedudukan pertahanan baik, masih terdapat suatu kebimbangan. Bukit Uhud masih ada suatu tanah genting, dimana tentera Quraisy dapat menyerbu masuk pertahanan Islam. Untuk menjaga tanah genting ini, Nabi menempatkan 50 orang pemanah terbaik. Nabi memerintahkan kepada mereka agar bertahan mati-matian. Dalam keadaan bagaimana jua pun jangan sampai meninggalkan kedudukan masing-masing.

Khalid bin al-Walid memimpin sayap kanan tentera Quraisy empat kali lebih besar jumlahnya dari pasukan Islam. Tetapi mereka jadi ragu-ragu mengingatkan kekalahan-kekalahan yang telah mereka alami di Badar. Kerana kekalahan ini hati mereka menjadi kecil menghadapi keberanian orang-orang Islam.

Sungguh pun begitu pasukan-pasukan Quraisy memulakan pertempuran dengan baik. Tetapi setelah orang-orang Islam mulai memecahkan pertahanan mereka, mereka telah gagal untuk mempertahankan tanah yang mereka pijak.

Kekuatannya menjadi berpecah-pecah. Mereka lari cerai-berai. Peristiwa Badar berulang kembali di Uhud. Saat-saat kritis sedang mengancam orang-orang Quraisy. Tetapi Khalid bin Walid tidak goncang dan sarafnya tetap membaja. Dia mengumpulkan kembali anak buahnya dan mencari kesempatan baik untuk melakukan pukulan yang menentukan.

Melihat orang-orang Quraisy bercerai-berai, pemanah-pemanah yang bertugas di tanah genting tidak tahan hati. Pasukan Islam tertarik dengan harta perang, harta yang ada pada mayat-mayat orang-orang Quraisy. Tanpa fikir panjang akan akibatnya, sebahagian besar pemanah-pemanah, penjaga tanah genting meninggalkan kedudukannya dan menyerbu ke lapangan.

Pertahanan tanah genting menjadi kosong. Khalid bin Walid dengan segera melihat kesempatan baik ini. Dia menyerbu ke tanah genting dan mendesak masuk. Beberapa orang pemanah yang masih tinggal diserang bersama-sama. Tanah genting dikuasai oleh pasukan Khalid dan mereka menjadi bebas untuk menggempur pasukan Islam dari belakang.

Dengan kelajuan yang tiada ada taranya Khalid masuk dari garis belakang dan menggempur orang Islam dipusat pertahanannya. Melihat Khalid telah masuk melalui tanah genting, orang-orang Quraisy yang telah lari bercerai-berai berkumpul kembali dan mengikuti jejak Khalid menyerbu dari belakang. Pemenang-pemenang antara beberapa minit yang lalu, sekarang telah terkepung lagi dari segenap penjuru, dan situasi mereka menjadi gawat.

Khalid bin Walid telah mengubah kemenangan orang Islam di Uhud menjadi suatu kehancuran. Sepatutnya orang-orang Quraisy lah yang kalah dan bercerai-berai. Tetapi kerana gemilangnya Khalid sebagai ahli siasat perang, kekalahan-kekalahan telah ditukarnya menjadi satu kemenangan. Dia mencari lubang-lubang kelemahan pertahanan orang Islam.

Hanya pahlawan Khalid lah yang dapat mencari saat-saat kelemahan lawannya. Dan dia pula yang sanggup menarik kembali tentera yang telah bercerai-berai dan memaksanya untuk bertempur lagi. Seni perangnya yang luar biasa inilah yang mengungkap kekalahan Uhud menjadi suatu kemenangan bagi orang Quraisy, ditambah lagi dengan keadaan beberapa pahlawan Islam ketika itu yang kelabu mata dengan harta benda dunia.


Islamnya Khalid bin Al-Walid

Ketika Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Rasulullah sangat suka sekali, kerana Khalid mempunyai kemampuan berperang yang dapat digunakan untuk membela Islam dan meninggikan kalimatullah dengan perjuangan jihad. Dalam banyak kesempatan peperangan Islam, Khalid bin Walid diangkat menjadi komandan perang dan menunjukkan hasil gemilang atas segala upaya jihadnya.

Khalid Al-Walid digelar sebagai Saifullah al-Maslul (bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah). Beliau bukan sahaja berperang di zaman Rasulullah s.a.w, tetapi juga di zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Byzantine dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.


Perjuangan Khalid dalam Islam

Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dasyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukar tangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walid pun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.

Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk menghapuskan golongan murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid bin Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"

Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"

Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".

Khalid bin Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"

Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang berteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar!" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga!". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.

Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah bin al-Jarrah r.a.sambil berkata : "Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah s.a.w, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"

Jawab Abu Ubaidah bin al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai Rasulullah s.a.w ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.

Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.

George  bertanya : "Wahai   Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah"

Khalid bin Al-Walid menjawab : "Tidak"

George bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah?" 

Khalid bin Al-Walid berkata : "Bahawa Allah s.w.t telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya.

Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"

George bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"

Khalid bin Al-Walid menjelaskan :"Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"

George seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran?"

Khalid bin Al-Walid menjawab : "Ya, itulah yang lebih utama"

George  berkata : "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam?"

Khalid bin Al-Walid menjawab : "Kami hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu."

Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk............. !!! dan tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,000 orang.

Betapa pun hebatnya Khalid bin Walid di dalam medan pertempuran, dengan berbagai luka yang diterimanya, namun ternyata kematiannya adalah di atas katil. Betapa menyesalnya Khalid harapan untuk mati syahid di medan perang ternyata tidak tercapai dan Allah menghendakinya mati di atas tempat tidur, sesudah perjuangan membela Islam yang luar biasa itu. Demikianlah kekuasaan Allah. Manusia berasal dari Allah dan akan kembali kepada-Nya sesuai dengan kemahuan-Nya.

Saidina Khalid Al-Walid Saifullah bercita-cita untuk mati Syahid seperti kebanyakan pahlawan-pahlawan Islam yang lain. Namun hajatnya tidak pernah tertunai. Di mana-mana buku sejarah pahlawan Islam, pasti akan tertulis mengenai keluhan beliau ini. Namun jawapan sahabatnya amatlah menginsafkannya.

“Kau tidak boleh syahid,Khalid. Kau telah dilantik sebagai Pedang Allah oleh Rasulullah dan pedang Allah tidak boleh patah di medan perang.”

Dan kata-kata Rasulullah itu PASTI. Rasulullah pernah bersabda :

"Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"

Dan semestinya Pedang ALLAH tidak boleh patah di Medan Perang. Sesungguhnya Kegagahan, Keberanian, Keperkasaan, Kebijaksanaan beliaulah yang menjamin kemenangan berpihak kepada tentera ISLAM. Tiada perang yang tidak dimenanginya. Syahid yang di cari, tetapi kedudukan yang TINGGI menjadi miliknya di akhirat kelak. Tubuhnya telah penuh dengan parut akibat peperangan semasa kewafatan beliau. Al-Fatihah.

KATA-KATA KHALID AL WALID SEBELUM WAFAT

" AKU TELAH BERPERANG LEBIH DARI SERATUS KALI DAN TIADA DI BADANKU WALAU PUN SEINCI KECUALI PADANYA PARUT DARI PUKULAN PEDANG, TUSUKAN PANAH DAN TIKAMAN TOMBAK, DAN INI LAH AKU, MATI DIATAS KATILKU. TIDAK AKAN TIDAK TIDUR LENA ORANG-ORANG YANG PENGECUT!

Kata-kata di atas tertulis dan terpampang di dalam gambar di bawah ini. Di makan Khalid Al-Walid , Pedang Allah dan Panglima Perang Paling Berjaya Dalam Sejarah. Yang tidak pernah menempuh kekalahan di Medan Perang. Wallahua'lam.


Kata-kata Khalid Al-Walid sebelum wafat.

Makam Saidina Khalid Al-Walid di Syria.

Pedang yang pernah digunakan oleh Saidina Khalid RA.


Ulama' Melayu - Tuan Guru Hj Ghazali Lubis @ Tok Munduk


Tuan Guru Hj Ghazali Lubis @ Tok Munduk. Beliau merupakan teman akrab Syeikh 'Abdul Qadir Mandili yang sama-sama menjelajah ke Kedah, Perak, Kelantan dan seterusnya ke Makkah bersama untuk menuntut ilmu. Sempat mengajar di Makkah namun akhirnya ambik keputusan untuk kembali ke Tanah Melayu, manakala teman beliau Syeikh Abdul Qadir terus mengajar dan menetap di Makkah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top