Showing posts with label Sejarah & Ketamadunan. Show all posts
Showing posts with label Sejarah & Ketamadunan. Show all posts

Raja al-Najashi, Penghilang Duka Muslimin


“Raja kita sudah terpengaruh dengan agama pendatang itu!"

Berita ini gempar dan tersebar. Ia dibualkan di merata rata tempat; desa dan bandar. Rakyat diapi- apikan oleh golongan pemimpin yang dengki. Mereka menghasut rakyat supaya menggulingkan rajanya.

Bahkan, beberapa orang penting ingin membatalkan baiahnya kepada Raja al-Najashi. Al-Najashi mengatur strategi untuk meredakan kemarahan rakyat. Baginda ingin menangani puak pembarigkang dengan sikap saksama.

Baginda mengkhabarkan penentangan dalaman tersebut kepada pendatang Muslimin melalui ketua mereka iaitu Ja'far bin Abi Talib. Baginda menyerahkan dua buah kapat, lalu berkata: "Naiklah kalian kapal itu dan amati perkembangan yang berlaku. Jika beta kalah, pergilah ke mana-mana tempat yang kalian suka. Tetapi, jika beta menang, kalian boleh kembali dalam perlindungan seperti mula-mula."

Kemudian, al-Najashi mengambil sehelai kulit kijang dan menulis: ”Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad iaiah hamba dan utusan-Nya yang terakhir. Dan aku bersaksi bahawa Isa iaiah hamba dan utusan- Nya yang diturunkan kepada Maryam."

Tulisan itu diletakkan di dadanya dan ia mengenakan pakaian perangnya, lalu pergi bersama-sama perajuritnya. Al-Najashi menemui para penentangnya dan memulakan perbincangan. Baginda berkata: "Wahai rakyat Habsyah, katakan, bagaimana perlakuanku kepada kalian?"


Mereka menjawab: "Sangat baik, Tuanku."

Al-Najashi bertanya: "Tetapi, mengapa kalian menentangku?"

Mereka membalas: "Kerana Tuanku telah keluar daripada agama kita dan mengatakan bahawa Isa ialah seorang hamba."

Al-Najashi menyoal lagi: "Bagi kalian sendiri, siapakah dia?"

Mereka menjawab: "Dia ialah putera Allah."
Lalu, al-Najashi mengeluarkan tulisan yang dipakai di dadanya dan diletakkan di atas meja. 

Baginda berkata: "Aku bersaksi bahawa Isa bin Maryam tidak lebih dari­pada yang tertulis di sini."

Perkara di luar dugaan berlaku daripada ayat yang tertulis, dan temyata rakyat senang dan lega menerima pernyataan al- Najashi. Kebijaksanaan al-Najashi terserlah kerana dapat menyelamatkan rakyat daripada pertumpahan darah. Pada masa yang sama, baginda tetap teguh dengan kepercayaannya.
Bersahabat dengan Rasulullah s.a.w. dari Jauh

Keadilan al-Najashi melindungi kaum Muhajirin yang berhijrah ke negerinya ternyata menggembirakan Rasulullah s.a.w. Lebih-lebih lagi apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tentang sifat tawaduk al-Najashi terhadap kebenaran al-Quran. Meskipun mereka tinggal berjauhan, na- mun hubungan mereka semakin akrab.

Pada tahun 7 Hijrah, Rasulullah s.a.w. berhajat untuk berdakwah kepada enam orang pemimpin negeri di sekitarnya yang mahu memeluk agama Islam. Bagin­da telah menyiapkan surat kepada mereka untuk mengingatkan mereka tentang iman, serta menasihatkan mereka tentang bahaya syirik dan kekufuran.

Baginda mempersiapkan enam orang sahabat. Mereka terlebih dahulu telah mempelajari bahasa kaum yang hendak disampaikan dakwah agar dapat menye- lesaikan tugas dengan sempurna. Setelah siap, keenam-enam sahabat itu berangkat pada hari yang sama. Antaranya ialah 'Amru bin Umayyah al-Damari yang diutus- kan kepada Raja al-Najashi di Habsyah.

'Amru bin Umayyah al-Damari meng- hadap Raja al-Najashi lalu memberi salam dengan baik dan al-Najashi menjawabnya dengan lebih indah serta menyambutnya dengan baik.

Setelah dipersilakan duduk, 'Amru bin Umayyah memberikan surat Rasulullah s.a.w. kepada al-Najashi. Surat yang dalamnya tertulis ajakan kepada Islam dan beberapa ayat al-Quran itu segera dibaca.

Raja al-Najashi meletakkan surat itu di kepala dan matanya dengan penuh hormat. Setelah itu, baginda turun dari singgahsana dan menyatakan keislaman- nya di hadapan para hadirin.
Selesai mengucapkan kalimah syahadah, baginda berkata: "Kalau beta mampu menemui Muhammad s.a.w., nes- caya beta akan duduk di hadapan Baginda dan membasuh kedua-dua kakinya."

Kemudian, baginda menulis surat ja- wapan kepada Rasulullah s.a.w. untuk mengkhabarkan penerimaan dakwah Baginda dan keimanan atas kenabiannya.
Wakil Rasulullah s.a.w. Menikahi Ummu Habibah

Kemudian, 'Amru bin Umayyah menyampaikan surat kedua daripada Nabi s.a.w. Dalam surat tersebut, Rasulullah s.a.w. meminta agar al-Najashi menjadi wakil untuk pernikahan Baginda dengan Ramlah binti Abu Sufyan yang menyertai rombongan Muhajirin ke Habsyah.

Ramlah yang lebih dikenali sebagai /- Ummu Habibah sedang menghadapi ujian hidup yang sangat getir. Ayahnya salah seorang penentang Islam yang paling utama. Manakala suaminya; Ubaidullah bin Jahsh pula mati dalam keadaan murtad.

Hati Ummu Habibah hancur tatkala suaminya menganut agama Nasrani dan kembali memusuhi Islam serta kaum Muslimin. Suaminya hanya duduk di tempat maksiat dan menjadi kaki mabuk. Lebih teruk daripada itu, dia mengugut Ummu Habibah agar menganut agama Masihi sepertinya atau beliau akan diceraikan.

Ummu Habibah tidak memilih suami atau ayahnya. Beliau memilih Allah dan Rasul. Dalam keadaan hidup sebatang kara bersama-sama puterinya; Habibah di bumi Habsyah yang asing tanpa ayah dan suami sebagai pembela hidupnya, jiwanya tetap kental dengan aqidah Islam.

Utusan Raja al-Najashi


Pada suatu pagi yang amat cerah, terdengar ketukan di pintu rumah Ummu Habibah. Apabila pintu dibuka, seorang wanita utusan daripada Raja al-Najashi memberi salam dan berkata:

"Raja al-Najashi berkirim salam untuk- mu dan mengkhabarkan bahawa Mu­hammad Rasulullah s.a.w. telah meminang dirimu. Baginda al-Najashi diwakilkan untuk akad nikah. Jika kamu menerima pinangan ini, segera siapkan orang yang kamu wakilkan sebagai wali."

Tidak tergambar kebahagiaan pada diri Ummu Habibah. Beliau berkata kepada utusan tersebut: "Semoga kamu beroleh kebahagiaan daripada Allah."

Kemudian, Ummu Habibah berkata lagi: "Aku mewakilkan Khalid bin Sa'id bin al-'As sebagai waliku kerana dia kerabatku yang terdekat di negeri ini."

Pada hari yang dijanjikan, istana Raja al-Najashi sangat meriah kerana dihadiri semua sahabat yang ada di Habsyah untuk menyaksikan pernikahan Ummu Habibah dengan Rasulullah s.a.w.

Al-Najashi mengucapkan salam dan tahmid lalu berkata: "Amma ba'd, saya penuhi permintaan Rasulullah s.a.w. untuk berntkah dengan Ramlah binti Abu Sufyan. Sebagai wakil Rasulullah, saya berikan mahar sebanyak 400 dinar emas berdasarkan sunnatullah dan sunnah Rasul-Nya.' (Satu dinar bersamaan lebih kurang harga seekor kambing).

Khalid bin Sa'id bin al-'As sebagai wali Ummu Habibah berkata: "Saya terima permintaan Rasulullah s.a.w., dan saya nikahkan Ramlah binti Abu Sufyan yang memberi saya wakalah (dilantik sebagai wakil) dengan Rasulullah. Semoga Allah memberkati Rasulullah dan isterinya."

Kemudian, al-Najashi menyediakan dua buah kapal untuk menghantar Ummul Mukminin Ramlah binti Abu Sufyan dan puterinya; Habibah, serta kaum Muslimin yang masih ada di Habsyah. Sejumlah rakyat Habsyah yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya turut bersama mereka. Mereka rindu untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan solat di belakang Baginda. Rombongan tersebut dipimpin oleh Ja'far bin Abi Talib.

Al-Najashi juga turut memberikan banyak hadiah kepada Ummu Habibah dan hadiah tersebut berupa wangi-wangian yang mahal. Turut disertakan bingkisan untuk Rasulullah s.a.w., iaitu tiga batang tongkat Habsyah yang diperbuat daripada kayu-kayu terpilih.

Solat Ghaib Buat al-Najashi


Al-Najashi meninggal dunia tidak be­berapa lama sebelum pembukaan kota Makkah. Rasulullah s.a.w. telah memanggil para sahabat untuk melaksanakan solat ghaib jenazah untuknya. Ini merupakan satu-satunya solat ghaib jenazah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Semoga Allah meredai al-Najashi dan menempatkan beliau di syurga-Nya yang kekal sebagai tempat kembalinya. Sungguh, Raja al-Najashi telah menguat- kan kaum Muslimin pada waktu mereka lemah, memberikan rasa aman ketika mereka ketakutan dan baginda melakukan semua itu semata-mata kerana mencari keredhaan Allah Taala. 
Adaptasi daripada: Dr. Abdurrahman Ra'fat Basya, Suwar min Hayat al-Tabi'in (Mereka adalah Para Tabi'in), terjemahan oleh Abu Umar Abdiliah.


Sejarah Muhammad Al-Fatih 1453



Dengan lafaz bismillah kami membuka bicara. Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda. Alhamdulillah, kerana dengan izinNya dapatlah kita mengkaji serba sedikit tentang pahlawan islam yang unggul yang telah membuka Kota Konstantinopel dan sekaligus merealisasikan hadis Nabi s.a.w.

Sabda Nabi s.a.w.

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير أميرها و لنعم الجيش ذلك الجيش


Maksudnya: “..Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Pengenalan Ilmu Ketamadunan


    Perkataan “tamadun” sering digunakan untuk mengambarkan kemajuan kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Perkataan ini mula diperkenalkan oleh seorang penulis Kristian (Jurji Zaidan) yang menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab. Perkataan ini telah diterimapakai sebagai perbendaharaan kata bahasa Melayu sejak zaman berzaman. Segelintir manusia masih lagi hidup dalam keadaan amat dhaif, namun  pada umumnya dunia hari ini telah menempa sejarah tamadun yang tinggi. Ini terbukti dengan gaya hidup yang cemerlang, kemudahan yang canggih, kemajuan sains teknologi yang hebat, teknologi maklumat yang mengkagumkan dan sebagainya. Ini di tinjau dari sudut fizikal. Bagimanapula dengan spiritual? Sikap, pegangan, nilai-nilai akhlak dan moral?. Hal ini masih boleh diperbincangkan panjang lebar. Walaupun begitu ada baiknya kita bincangkan apakah dia pengertian perkataan tamadun telebih dahulu.

Takrif Dan Ciri Tamadun



   Perkataan ‘tamadun’ digunakan bagi menggambarkan kemajuan sesebuah masyarakat khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa, perkataan ‘tamadun’ merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat. Perkataan tamadun itu sendiri adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu (dalam bahasa Indonesia istilah peradaban lebih popular penggunaannya). Dari sudut etimologinya ia berasal daripada kalimah maddana iaitu kata kerja merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.
     
      Secara tidak langsung, pengertian tamadun menekankan dua perkara yang penting iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Secara lebih sempurna, tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

    Selain daripada itu, perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Inggeris untuk memberi maksud tamadun ialah civilization. Perkataan ini berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota. Seperti hadarah dan peradaban, civilization juga membawa maksud yang menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan.

     Di antara penulis yang boleh dianggap pelopor dalam bidang pengajian ini antaranya adalah Jurji Zaydan dan Farid Wajdi, di samping beberapa tokoh lain seperti Muhammad Abduh dan Malik Bennabi. Bagaimana pun penulis yang lebih awal mengupas dan mengenengahkan idea pengajian ketamasunan ini adalah Ibn Khaldun. Ibn Khaldun menggunakan istilah ‘umran bagi menjelaskan makna dan maksud tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya. Istilah tamadun diperkenalkan secara khusus bagi pengajian ini oleh Jurji Zaydan apabila beliau menerbitkan karyanya yang masyhur Tarikh al-Tamaddun al-Islami. Muhammad Abduh menggunakan istilah madaniyyah (daripada akar perkataan yang sama dengan tamaddun).

    Dalam korpus berbahasa Melayu pula, sekurang-kurangnya dua istilah yang sering digunakan iaitu “tamadun” dan “peradaban”. Kedua-dua istilah itu juga bukanlah kata asal bahasa Melayu. Kedua-duanya adalah pinjaman perkataan Arab. Dalam korpus penulisan berbahasa Melayu, sebelum kedatangan Islam perkataan yang dugunakan bagi maksud peradaban adalah budaya yang bertunjang kepada ketinggian nilai dan kehalusan budi. Hal ini dicerminkan dalam adat resam dan tradisi bangsa Melayu zaman berzaman. Pada ketika ini kalimah Melayu yang sering digunakan bagi menggambarkan peningkatan kehidupan masyarakat ini adalah kemajuan atau pembangunan. Namun begitu perkataan maju dan kemajuan ternyata mempunyai konotasi yang jauh lebih sempit daripada tamadun. Sesudah kedatangan Islam istilah-istilah bahasa Arab diguna dengan meluas dan kemudiannya diiktirafkan dan diterima pakai sebagai perkataan atau istilah Bahasa Melayu.

Kelahiran Dan Kejatuhan


KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Proses kelahiran tamadun bermula apabila individu manusia bersama-sama bertindak dan berfikir untuk hidup dalam suasana yang selamat dan selesa. Manusia mula meneroka potensi yang ada pada diri mereka mengadaptasikan segala sumber yang ada untuk kelangsungan hidup dan generasi mereka pada masa akan datang dan sentiasa memperbaiki tahap pencapaian tersebut dan mencipta satu organisasi yang tersusun dan sistematik. Antara tamadun yang lahir di dunia :-
          
Tamadun awal


  1. Zaman Batu Lama
  2. Zaman Batu Baru
  3. Mesopotamia
  4. Tamadun Lembah Indus
  5. Mesir Purba
  6. Greek
  7. Rom
  8. Tamadun Yunani
  9. Parsi
  10. China Klasik


Tamadun zaman pertengahan sehingga permulaan awal zaman moden
  1.  Dunia islam
  2.  Kristian
  3.  Asia
  4.  Asia tenggara
  5.  Tamadun Amerika


Kelahiran dan perkembangan tamadun dapat dilihat melalui beberapa factor. Antaranya ialah :-

1)   Kedudukan yang Strategik – keadaan muka bumi, sempadan geografi dan kedudukan yang strategik mendorong manusia untuk mengasaskan penempatan dan akhirnya menubuhkan tamadun.

2)   Orentasi Keagamaan dan Kerohanian – elemen keagamaan dan kerohanian merupakan aspek spiritual yang berfungsi sebagai sinergi dalaman kepada manusia. Masyarakat yang beriltizam kepada ajaran agama sentiasa memelihara diri dari perlakuan dan budaya songsang yang menyalahi fitrah manusia.

3)   Rangsangan Ilmu dan Pembudayaan Nilai Murni – ilmu pengetahuan sebagai makanan kepada jiwa manusia. Menurut Barry Allen(2004), tokoh ilmuan meletekkan ilmu pada kedudukan yang tinggi dalam sesebuah tamadun manusia. Ilmu sebagai penyuluh untuk memahami kebenaran dan membebaskan daripada unsur-unsur kejahilan. Di zaman kegemilangan tamadun Islam, tradisi keilmuan merupakan gelanggang untuk para ilmuan dan cendekiawan meneroka sebanyak mungkin cabang ilmu yg ada.

4)   Pencapaian dalam Bidang Teknologi dan Kemahiran - kecanggihan bidang teknologi yang dicapai oleh masyarakat dahulu banyak menyumbang kepada perkembangan ketamadunan pada ketika itu. Ia dibuktikan melalui penciptaan tamadun terdahulu yang telah diiktiraf sebagai warisan kebudayaan dunia.

5)   Interaksi antara Tamadun - kegemilangan tamadun dahulu banyak dipengaruhi oleh hubungan interaksi antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Kebanyakkan tamadun dahulu bersifat anjal dan sentiasa bersedia untuk menerima asimilasi pengaruh budaya asing untuk diadaptasi dalam proses perkembangannya.


KEMEROSOTAN TAMADUN

Para sarjana mempunyai pendapat tersendiri tentang faktor-faktor yang membawa kepada keruntuhan sesebuah tamadun.

     Menurut Ibn Khaldun keruntuhan tamadun disebabkan oleh keruntuhan nilai-nilai moral kerana terlalu taksub dengan kemewahan yang melimpah-ruah dan kehidupan yang penuh hiburan.

   Menurut Wahbah Zuhayli(1998), keruntuhan tamadun disebabkan ketidakseimbangan di antara aturan fizikal dan spiritual. Sesuatu tamadun bukan sahaja fokus kepada elemen modernisasi dan kosmopolitan, sebaliknya ia perlu seiring dengan dimensi ideologi,spiritual dan moral.

    Menurut Edward Gibbon(1994), dalam karyanya “ The Decline and Fall of the Roman Empire” telah melakukan analisis kejatuhan empayar Rom. Ia disebabkan kekalahan Constantinople kepada kerajaan Turki Uthmaniyyah pada 1453 Masihi.

       Menurut Theodor Mommsen(2010), keruntuhan tamadun cenderung kepada analogi biologi iaitu kitaran tamadun melalui proses kelahiran, kematangan  dan akhirnya mengalami proses kejatuhan.

Menurut Arnold J. Toynbee(1935), melalui penulisannya menjelaskan kejatuhan tamadun berpunca daripada dekadensi moral. Apabila rakyat terlalu leka dan alpa menyebabkan moral manusia semakin lemah.

Menurut Jared Diamond(2005), menerangkan punca-punca yang menyumbang kepada kejatuhan tamadun adalah seperti kerosakan alam sekitar yang melibatkan penebangan hutan yang berleluasa dan hakisan tanah. Selain itu, perubahan iklim seperti bencana juga boleh menyumbang kepada kejatuhan tamadun.

     Secara keseluruhannya, kejatuhan sesebuah tamadun itu kebanyakkannya disebabkan oleh kegagalan manusia untuk berpegang teguh kepada agama, mengalami kemuflisan moral, ketidakadilan, tidak bersikap mesra dengan alam, bencana alam dan penindasan terhadap rakyat. Tidak dinafikan juga faktor-faktor lain seperti faktor kemunduran dari aspek keilmuan, kemiskinan, kejatuhan ekonomi dan faktor penyakit juga boleh menyumbang kepada kemerosotan tamadun.

Kepercayaan & Agama



     Salah satu ciri penting dalam perkembangan tamadun awal ialah kewujudan agama dan kepercayaan. Agama ialah sistem kepercayaan terhadap kuasa mutlak di luar manusia, sistem ritual manusia terhadap kuasa mutlak dansistem norma yang mengatur hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan alam lain. Manakala kepercayaan pula ditakrifkan sebagai sesuatu yang diakui sebagai benar. Masyarakat tamadun awal berpegang kuat kepada agama dan kepercayaan. Mereka mengamalkan pelbagai jenis kepercayaan seperti kepercayaan politeisme, animisme, konsep ketuhanan pemerintah dan pemujaan dewi ibu. Beberapa agama turut dianuti seperti agama Vedik,Konfucianisme dan Nasrani. Masyarakat Mesopotamia mengamalkan kepercayaan politeisme, iaitu penyembahan banyak tuhan. Menurut kepercayaan orang Mesopotamia, terdapat beratus-ratus tuhan yang mendiami syurga. Tuhan-tuhan orang Sumeria mewakili unsur-unsur alam seperti langit, bumi dan bintang. Pemujaan unsur-unsur alam dilakukan untuk mengelakkan malapetaka yang dianggap sebagai balasan tuhan-tuhan mereka. Tuhan-tuhan orang Mesopotamia mempunyai status, kedudukan dan kepentingan yang berlainan. 

Di samping tuhan peringkat kebangsaan, terdapat juga tuhan peringkat bandar, mukim dan kampung. Antara tuhan-tuhan yang terkanal di peringkat bandar ialah tuhan Shara di bandar Umma, Zababa di bandar Kish, Bulan di bandar Sippar dan Matahari di bandar Lagash. Selain itu, terdapat juga kepercayaan anismisme yang diamalkan oleh masyarakat tamadun awal. Kepercayaan anismisme atau pemujaan unsur alam telah diamalkan sejak zaman Shang di tamadun China. Masyarakat Shang percaya unsur-unsur alam mempengaruhi segala aspek kehidupan manusia di dunia. Maka, mereka menyembah unsur-unsur alam seperti bulan, matahari, bumi, angin, sungai, bukit dan gunung. Mereka juga menyembah arah seperti timur, barat, selatan dan utara. Antara unsur-unsur alam yang disembah termasuklah Tuhan Syurga (Shang Ti) dan Tuhan Bumi (TU). 

     Shang Ti dianggap dewa tertinggi di syurga dan nenek moyang bagi pemerintah Shang. Terdapat konsep Tien yang merupakan makhluk unggul atau kuasa tertinggi di alam semesta. Menurut kepercayaan mereka, unsur-unsur alam mempunyai kuasa yang boleh menyebabkan bencana seperti banjir, kemarau dan wabak penyakit. Oleh itu, pemujaan terhadap unsur-unsur alam tidak dikecualikan untuk mengelakkan malapetaka itu. Di tamadun Mesir pula, masyarakat mengamalkan konsep ketuhanan firaun. Mereka percaya bahawa firaun adalah tuhan atau anak tuhan. Pada zaman kerajaan lama, terdapat kepercayaan bahawa firaun adalah jelmaan tuhan Horus. Manakala pada zaman pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun dianggap anak tuhan matahari, iaitu Amon Re. Konsep ketuhanan firaun menyebabkan firaun disembah oleh rakyat Mesir Purba. Malah firaun juga mempunyai kedudukan yang tinggi dan dipercayai mempunyai kuasa luar biasa. Rakyat mesti patuh kepada segala arahan firaun yang dianggap sebagai tuhan. Oleh itu, kepercayaan bahawa firaun adalah anak tuhan telah melahirkan kepercayaan yang tersendiri berbanding dengan kepercayaan tamadun-tamadun lain.Selain itu, terdapat juga amalan pemujaan dewi ibu dalam masyarakat tamadun awal khususnya dalam kalangan masyarakat tamadun Indus. Kepercayaan ini amat popular di kalangan masyarakat Indus. Patung-patung Dewi Ibu ditemui di lembah Indus, selatan Baluchistan dan lambah Zhoo. Kepercayaan dewi ibu tersebar meluas di Asia Barat, Elam, Mesopotamia, Transcopia, Asia Kecil, Syria dan Palestin. Dewi ibu dianggap tenaga kosmik dan sebahagian daripada jiwa kosmik. Kepercayaan ini terdapat di kalangan masyarakat yang mengamalkan amalan nisab ibu. Penyembahan dewi ibu meletakkan asas bagi kelahiran penyembahan saktisme. Terdapat juga beberapa agama yang dianuti. Contoh agama yang dianuti dalam tamadun Indus ialah agama Vedik. Pada zaman Vedik, pemujaan unsur-unsur alam seperti api, matahari, angin, pokok dan sungai diamalkan. Unsur-unsur alam disembah dengan menjalankan upacara pengorbanan dan nyanyian lagu-lagu suci dan mantera. Lagu-lagu ini dikenali sebagai lagu-lagu suci Veda. Terdapat empat koleksi lagu-lagu suci, iaitu Rig Veda, Sama Veda, Yajur Vedadan Atharva Veda. Unsur-unsur alam dilambangkan sebagai dewi-dewi seperti Agni (Dewa Api), Indra (Dewa petir dan kilat), Syurga (Dewa matahari) dan Vayu (Dewa angin). Upacara pengorbanan yang dikenali sebagai Yajna dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada anugerah atau pemberian tuhan.

     Selain agama Vedik, terdapat juga agama Konfucianisme yang dianuti oleh masyarakat di tamadun China. Fahaman yang tersebar luas di China ialah Konfucianisme yang diasaskan oleh Kung Fu Tze. Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam kitab klasik berjudul 'Analektaatau Lu Yu'. Doktrin Confucius berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang terbaik. Confucius juga menekankan keperluan untuk memelihara keharmonian antara manusia dan alam. Umumnya ajaran confucius menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Ajaran confucius turut menjadi falsafah rasmi negara China. Di tamadun Arab, agama Nasrani (kristian) diamalkan. Agama ini dibawa oleh Nabi Isa a.s. yang diutuskan oleh Allah SWT dengan kitab suci Injil. Penganut asal agama Nasrani adalah dari Bani Israel. Agama Nasrani disebarkan ke Ghassan dan Hirah di utara semenanjung Arab serta Habsyah diselatan semenanjung Arab. Najran merupakan markas penganut agama Nasrani di kawasan barat daya semenanjung Arab. Ajaran asal agama ini telah dipesongkan dengan mengubah isi kandungan kitab Injil.

     Kesimpulannya, daripada huraian di atas jelaslah bahawa masyarakat tamadun-tamadun awal mempunyai tradisi kepercayaan dan keagamaan yang tersendiri. Tradisi agama ini meninggalkan kesan dalam aspek pemerintahan,seni bina, seni ukir, sistem tulisan dan ekonomi tamadun-tamadun awal.Kepercayaan terhadap pelbagai dewa-dewi, unsur alam, kepercayaan terhadap konsep ketuhanan raja jelas memperlihatkan kemajuan masyarakat dalam bidang agama dan kepercayaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top