Kelahiran Dan Kejatuhan


KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Proses kelahiran tamadun bermula apabila individu manusia bersama-sama bertindak dan berfikir untuk hidup dalam suasana yang selamat dan selesa. Manusia mula meneroka potensi yang ada pada diri mereka mengadaptasikan segala sumber yang ada untuk kelangsungan hidup dan generasi mereka pada masa akan datang dan sentiasa memperbaiki tahap pencapaian tersebut dan mencipta satu organisasi yang tersusun dan sistematik. Antara tamadun yang lahir di dunia :-
          
Tamadun awal


  1. Zaman Batu Lama
  2. Zaman Batu Baru
  3. Mesopotamia
  4. Tamadun Lembah Indus
  5. Mesir Purba
  6. Greek
  7. Rom
  8. Tamadun Yunani
  9. Parsi
  10. China Klasik


Tamadun zaman pertengahan sehingga permulaan awal zaman moden
  1.  Dunia islam
  2.  Kristian
  3.  Asia
  4.  Asia tenggara
  5.  Tamadun Amerika


Kelahiran dan perkembangan tamadun dapat dilihat melalui beberapa factor. Antaranya ialah :-

1)   Kedudukan yang Strategik – keadaan muka bumi, sempadan geografi dan kedudukan yang strategik mendorong manusia untuk mengasaskan penempatan dan akhirnya menubuhkan tamadun.

2)   Orentasi Keagamaan dan Kerohanian – elemen keagamaan dan kerohanian merupakan aspek spiritual yang berfungsi sebagai sinergi dalaman kepada manusia. Masyarakat yang beriltizam kepada ajaran agama sentiasa memelihara diri dari perlakuan dan budaya songsang yang menyalahi fitrah manusia.

3)   Rangsangan Ilmu dan Pembudayaan Nilai Murni – ilmu pengetahuan sebagai makanan kepada jiwa manusia. Menurut Barry Allen(2004), tokoh ilmuan meletekkan ilmu pada kedudukan yang tinggi dalam sesebuah tamadun manusia. Ilmu sebagai penyuluh untuk memahami kebenaran dan membebaskan daripada unsur-unsur kejahilan. Di zaman kegemilangan tamadun Islam, tradisi keilmuan merupakan gelanggang untuk para ilmuan dan cendekiawan meneroka sebanyak mungkin cabang ilmu yg ada.

4)   Pencapaian dalam Bidang Teknologi dan Kemahiran - kecanggihan bidang teknologi yang dicapai oleh masyarakat dahulu banyak menyumbang kepada perkembangan ketamadunan pada ketika itu. Ia dibuktikan melalui penciptaan tamadun terdahulu yang telah diiktiraf sebagai warisan kebudayaan dunia.

5)   Interaksi antara Tamadun - kegemilangan tamadun dahulu banyak dipengaruhi oleh hubungan interaksi antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Kebanyakkan tamadun dahulu bersifat anjal dan sentiasa bersedia untuk menerima asimilasi pengaruh budaya asing untuk diadaptasi dalam proses perkembangannya.


KEMEROSOTAN TAMADUN

Para sarjana mempunyai pendapat tersendiri tentang faktor-faktor yang membawa kepada keruntuhan sesebuah tamadun.

     Menurut Ibn Khaldun keruntuhan tamadun disebabkan oleh keruntuhan nilai-nilai moral kerana terlalu taksub dengan kemewahan yang melimpah-ruah dan kehidupan yang penuh hiburan.

   Menurut Wahbah Zuhayli(1998), keruntuhan tamadun disebabkan ketidakseimbangan di antara aturan fizikal dan spiritual. Sesuatu tamadun bukan sahaja fokus kepada elemen modernisasi dan kosmopolitan, sebaliknya ia perlu seiring dengan dimensi ideologi,spiritual dan moral.

    Menurut Edward Gibbon(1994), dalam karyanya “ The Decline and Fall of the Roman Empire” telah melakukan analisis kejatuhan empayar Rom. Ia disebabkan kekalahan Constantinople kepada kerajaan Turki Uthmaniyyah pada 1453 Masihi.

       Menurut Theodor Mommsen(2010), keruntuhan tamadun cenderung kepada analogi biologi iaitu kitaran tamadun melalui proses kelahiran, kematangan  dan akhirnya mengalami proses kejatuhan.

Menurut Arnold J. Toynbee(1935), melalui penulisannya menjelaskan kejatuhan tamadun berpunca daripada dekadensi moral. Apabila rakyat terlalu leka dan alpa menyebabkan moral manusia semakin lemah.

Menurut Jared Diamond(2005), menerangkan punca-punca yang menyumbang kepada kejatuhan tamadun adalah seperti kerosakan alam sekitar yang melibatkan penebangan hutan yang berleluasa dan hakisan tanah. Selain itu, perubahan iklim seperti bencana juga boleh menyumbang kepada kejatuhan tamadun.

     Secara keseluruhannya, kejatuhan sesebuah tamadun itu kebanyakkannya disebabkan oleh kegagalan manusia untuk berpegang teguh kepada agama, mengalami kemuflisan moral, ketidakadilan, tidak bersikap mesra dengan alam, bencana alam dan penindasan terhadap rakyat. Tidak dinafikan juga faktor-faktor lain seperti faktor kemunduran dari aspek keilmuan, kemiskinan, kejatuhan ekonomi dan faktor penyakit juga boleh menyumbang kepada kemerosotan tamadun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top