Raja al-Najashi, Penghilang Duka Muslimin


“Raja kita sudah terpengaruh dengan agama pendatang itu!"

Berita ini gempar dan tersebar. Ia dibualkan di merata rata tempat; desa dan bandar. Rakyat diapi- apikan oleh golongan pemimpin yang dengki. Mereka menghasut rakyat supaya menggulingkan rajanya.

Bahkan, beberapa orang penting ingin membatalkan baiahnya kepada Raja al-Najashi. Al-Najashi mengatur strategi untuk meredakan kemarahan rakyat. Baginda ingin menangani puak pembarigkang dengan sikap saksama.

Baginda mengkhabarkan penentangan dalaman tersebut kepada pendatang Muslimin melalui ketua mereka iaitu Ja'far bin Abi Talib. Baginda menyerahkan dua buah kapat, lalu berkata: "Naiklah kalian kapal itu dan amati perkembangan yang berlaku. Jika beta kalah, pergilah ke mana-mana tempat yang kalian suka. Tetapi, jika beta menang, kalian boleh kembali dalam perlindungan seperti mula-mula."

Kemudian, al-Najashi mengambil sehelai kulit kijang dan menulis: ”Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad iaiah hamba dan utusan-Nya yang terakhir. Dan aku bersaksi bahawa Isa iaiah hamba dan utusan- Nya yang diturunkan kepada Maryam."

Tulisan itu diletakkan di dadanya dan ia mengenakan pakaian perangnya, lalu pergi bersama-sama perajuritnya. Al-Najashi menemui para penentangnya dan memulakan perbincangan. Baginda berkata: "Wahai rakyat Habsyah, katakan, bagaimana perlakuanku kepada kalian?"


Mereka menjawab: "Sangat baik, Tuanku."

Al-Najashi bertanya: "Tetapi, mengapa kalian menentangku?"

Mereka membalas: "Kerana Tuanku telah keluar daripada agama kita dan mengatakan bahawa Isa ialah seorang hamba."

Al-Najashi menyoal lagi: "Bagi kalian sendiri, siapakah dia?"

Mereka menjawab: "Dia ialah putera Allah."
Lalu, al-Najashi mengeluarkan tulisan yang dipakai di dadanya dan diletakkan di atas meja. 

Baginda berkata: "Aku bersaksi bahawa Isa bin Maryam tidak lebih dari­pada yang tertulis di sini."

Perkara di luar dugaan berlaku daripada ayat yang tertulis, dan temyata rakyat senang dan lega menerima pernyataan al- Najashi. Kebijaksanaan al-Najashi terserlah kerana dapat menyelamatkan rakyat daripada pertumpahan darah. Pada masa yang sama, baginda tetap teguh dengan kepercayaannya.
Bersahabat dengan Rasulullah s.a.w. dari Jauh

Keadilan al-Najashi melindungi kaum Muhajirin yang berhijrah ke negerinya ternyata menggembirakan Rasulullah s.a.w. Lebih-lebih lagi apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tentang sifat tawaduk al-Najashi terhadap kebenaran al-Quran. Meskipun mereka tinggal berjauhan, na- mun hubungan mereka semakin akrab.

Pada tahun 7 Hijrah, Rasulullah s.a.w. berhajat untuk berdakwah kepada enam orang pemimpin negeri di sekitarnya yang mahu memeluk agama Islam. Bagin­da telah menyiapkan surat kepada mereka untuk mengingatkan mereka tentang iman, serta menasihatkan mereka tentang bahaya syirik dan kekufuran.

Baginda mempersiapkan enam orang sahabat. Mereka terlebih dahulu telah mempelajari bahasa kaum yang hendak disampaikan dakwah agar dapat menye- lesaikan tugas dengan sempurna. Setelah siap, keenam-enam sahabat itu berangkat pada hari yang sama. Antaranya ialah 'Amru bin Umayyah al-Damari yang diutus- kan kepada Raja al-Najashi di Habsyah.

'Amru bin Umayyah al-Damari meng- hadap Raja al-Najashi lalu memberi salam dengan baik dan al-Najashi menjawabnya dengan lebih indah serta menyambutnya dengan baik.

Setelah dipersilakan duduk, 'Amru bin Umayyah memberikan surat Rasulullah s.a.w. kepada al-Najashi. Surat yang dalamnya tertulis ajakan kepada Islam dan beberapa ayat al-Quran itu segera dibaca.

Raja al-Najashi meletakkan surat itu di kepala dan matanya dengan penuh hormat. Setelah itu, baginda turun dari singgahsana dan menyatakan keislaman- nya di hadapan para hadirin.
Selesai mengucapkan kalimah syahadah, baginda berkata: "Kalau beta mampu menemui Muhammad s.a.w., nes- caya beta akan duduk di hadapan Baginda dan membasuh kedua-dua kakinya."

Kemudian, baginda menulis surat ja- wapan kepada Rasulullah s.a.w. untuk mengkhabarkan penerimaan dakwah Baginda dan keimanan atas kenabiannya.
Wakil Rasulullah s.a.w. Menikahi Ummu Habibah

Kemudian, 'Amru bin Umayyah menyampaikan surat kedua daripada Nabi s.a.w. Dalam surat tersebut, Rasulullah s.a.w. meminta agar al-Najashi menjadi wakil untuk pernikahan Baginda dengan Ramlah binti Abu Sufyan yang menyertai rombongan Muhajirin ke Habsyah.

Ramlah yang lebih dikenali sebagai /- Ummu Habibah sedang menghadapi ujian hidup yang sangat getir. Ayahnya salah seorang penentang Islam yang paling utama. Manakala suaminya; Ubaidullah bin Jahsh pula mati dalam keadaan murtad.

Hati Ummu Habibah hancur tatkala suaminya menganut agama Nasrani dan kembali memusuhi Islam serta kaum Muslimin. Suaminya hanya duduk di tempat maksiat dan menjadi kaki mabuk. Lebih teruk daripada itu, dia mengugut Ummu Habibah agar menganut agama Masihi sepertinya atau beliau akan diceraikan.

Ummu Habibah tidak memilih suami atau ayahnya. Beliau memilih Allah dan Rasul. Dalam keadaan hidup sebatang kara bersama-sama puterinya; Habibah di bumi Habsyah yang asing tanpa ayah dan suami sebagai pembela hidupnya, jiwanya tetap kental dengan aqidah Islam.

Utusan Raja al-Najashi


Pada suatu pagi yang amat cerah, terdengar ketukan di pintu rumah Ummu Habibah. Apabila pintu dibuka, seorang wanita utusan daripada Raja al-Najashi memberi salam dan berkata:

"Raja al-Najashi berkirim salam untuk- mu dan mengkhabarkan bahawa Mu­hammad Rasulullah s.a.w. telah meminang dirimu. Baginda al-Najashi diwakilkan untuk akad nikah. Jika kamu menerima pinangan ini, segera siapkan orang yang kamu wakilkan sebagai wali."

Tidak tergambar kebahagiaan pada diri Ummu Habibah. Beliau berkata kepada utusan tersebut: "Semoga kamu beroleh kebahagiaan daripada Allah."

Kemudian, Ummu Habibah berkata lagi: "Aku mewakilkan Khalid bin Sa'id bin al-'As sebagai waliku kerana dia kerabatku yang terdekat di negeri ini."

Pada hari yang dijanjikan, istana Raja al-Najashi sangat meriah kerana dihadiri semua sahabat yang ada di Habsyah untuk menyaksikan pernikahan Ummu Habibah dengan Rasulullah s.a.w.

Al-Najashi mengucapkan salam dan tahmid lalu berkata: "Amma ba'd, saya penuhi permintaan Rasulullah s.a.w. untuk berntkah dengan Ramlah binti Abu Sufyan. Sebagai wakil Rasulullah, saya berikan mahar sebanyak 400 dinar emas berdasarkan sunnatullah dan sunnah Rasul-Nya.' (Satu dinar bersamaan lebih kurang harga seekor kambing).

Khalid bin Sa'id bin al-'As sebagai wali Ummu Habibah berkata: "Saya terima permintaan Rasulullah s.a.w., dan saya nikahkan Ramlah binti Abu Sufyan yang memberi saya wakalah (dilantik sebagai wakil) dengan Rasulullah. Semoga Allah memberkati Rasulullah dan isterinya."

Kemudian, al-Najashi menyediakan dua buah kapal untuk menghantar Ummul Mukminin Ramlah binti Abu Sufyan dan puterinya; Habibah, serta kaum Muslimin yang masih ada di Habsyah. Sejumlah rakyat Habsyah yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya turut bersama mereka. Mereka rindu untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan solat di belakang Baginda. Rombongan tersebut dipimpin oleh Ja'far bin Abi Talib.

Al-Najashi juga turut memberikan banyak hadiah kepada Ummu Habibah dan hadiah tersebut berupa wangi-wangian yang mahal. Turut disertakan bingkisan untuk Rasulullah s.a.w., iaitu tiga batang tongkat Habsyah yang diperbuat daripada kayu-kayu terpilih.

Solat Ghaib Buat al-Najashi


Al-Najashi meninggal dunia tidak be­berapa lama sebelum pembukaan kota Makkah. Rasulullah s.a.w. telah memanggil para sahabat untuk melaksanakan solat ghaib jenazah untuknya. Ini merupakan satu-satunya solat ghaib jenazah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Semoga Allah meredai al-Najashi dan menempatkan beliau di syurga-Nya yang kekal sebagai tempat kembalinya. Sungguh, Raja al-Najashi telah menguat- kan kaum Muslimin pada waktu mereka lemah, memberikan rasa aman ketika mereka ketakutan dan baginda melakukan semua itu semata-mata kerana mencari keredhaan Allah Taala. 
Adaptasi daripada: Dr. Abdurrahman Ra'fat Basya, Suwar min Hayat al-Tabi'in (Mereka adalah Para Tabi'in), terjemahan oleh Abu Umar Abdiliah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top